AKU JURULATIH MEMANAH
Ebook ini mengisahkan tentang kegigihan Abah untuk belajar memanah sehingga berjaya mendapatkan satu pengijazahan sanad dan dua pentauliahan jurulatih dalam tempoh dua tahun.
Sewaku zaman kanak-kanak di kampung, Abah ligat bermain pelbagai permainan tradisional tetapi tidaklah pula pernah bermain panah. Abah mula belajar memanah ketika berumur lebih 50 tahun iaitu semasa megikuti Kursus Asas Memanah. Kemudian Abah menyertai Daurah Teknik Memanah Dalam Islam yang memberi pendedahan tentang fadilat, adab, rukun, teknik dan tatacara memanah.
Selepas itu Abah menghadiri Kursus Kujurulatihan PERTAMA untuk belajar tentang asas memanah dan kejurulatihan, ciri-ciri jurulatih dan pemanah, undang-undang dan keselamatan dalam memanah. Seterusnya Abah mengikuti Kursus Kejurulatihan Memanah Tradisional PedetaZawra bagi mempelajari kaedah pembelajaran yang sistematik dan teknik mengajar yang berkesan.
Sepanjang berlatih dan mengajar memanah, banyak kenangan pahit dan manis telah ditempuhi sehingga berjaya membuka sebuat Pusat Latihan Sukan Memanah dan Berkuda. Alhamdulillah, akhirnya cita-cita Abah untuk menjadi seorang Jurulatih Memanah Tradisional bertauliah tercapai.
Currently No Review