0Item(s)
0 0

Etika Hakim

Product Code ER2063
Product Name: Etika Hakim
Category: RECOMMENDED
Star Rating: Not Available
Printable: YES
Original Price: USD 5.00
After Discount: USD 4.75
  ECopy (PDF) via Email

Etika Hakim

Ebook ini membincangkan tentang kehakiman yang merupakan salah satu cabang yang terpenting dalam organisasi pentadbiran sesebuah negara demokrasi. Hakim adalah hirarki yang tertinggi dalam badan ini. Tulisan ini cuba mengupas salah satu aspek penting yang mengikat perilaku para hakim iaitu etika seseorang hakim. Kajian ini menumpukan secara terperinci kepada kedua-dua etika hakim Islam dan etika hakim sivil di Malaysia dan seterusnya memperbandingkan antara kedua-duanya dari sudut persamaan dan perbezaan. Penulisan ini tidak menyentuh etika hakim yang diamalkan di mahkamah Syariah Di Malaysia.
Ia adalah kajian perpustakaan dengan merujuk kepada etika hakim Islam yang dibincangkan dalam kitab-kitab turath karangan ulama-ulama muktabar yang terdahulu dalam pelbagai zaman dan mazhab. Selain dari sumber-sumber asli ini, penulisan juga merujuk kepada pandangan ulamak terkini untuk melihat bagaimana pandangan mereka berkaitan dengan amalan hakim yang sesuai dengan masa kini berdasarkan kepada pandangan ulamak terdahulu.
Di dalam kajian etika hakim sivil Malaysia, penulisan ini merujuk kepada buku-buku
karangan tempatan dan luar negeri yang ada kaitannya dengan undang-undang yang
dilaksanakan di negara ini seperti Common Law. Di samping itu rujukan juga dibuat dari
perbincangan ahli-ahli perundangan yang dibuat melalui seminar-seminar dan kertas kerja
yang disampaikan.


Currently No Review